Pages

Friday, 25 September 2015

KOPITIAM KITA

Alhamdulillah… gurlp(sendawa kenyang) dapat jugak aku merasa menu famous iaitu “Roti Titab” di Kopitiam kita. Sebagai anak  jati kelantan,aku adalah antara orang yang terlewat mengunjungi Kopitiam ini, sedangkan member aku yang dari luar negeri kelantan sudah pon merasai menu istemewa di Kopitiam kita ini. Pada mulanya agak sukar aku menemui lokasi kopitiam kita ini kerana ianya terletak sedikt terkedalam di kawasan taman. walaupun kedainya sedikit terkedalam, namun aku terkejut sesampainya aku di sana agak ramai orang mengerumuni kedainya. Parking, tu tak payah cakap la, memang payah la nak dapat. Bersimpang siur kereta.huhu..



Suasana yang riuh di Kopitiam kita


Yeah,, inilah roti titab. Menarik kan cara persembahan makanan dieorang. Terfikir jugak aku macam
mana la dieorang buat telur separuh masak tu nak bagi dia masak konsisten. Sebab semua telur separuh masak yang diletakkan ditengah permukaan roti tu semuanya nampak masak secara konsisten walaupun di masak dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

icelemontea
Roti Titab

Antara menu lain yang aku order. “ROTI GORENG TELUR”
Apa yang mengecewakan aku semua nasi berlauk dah abis. Sedih sob sob sob L  Sebab aku datang lambat jugak la, lebih kurang dalam kol 10 pagi. Tengok-tengok dalam raga semua dah kosong. Putih mata la jawab nya.
Nasi Berlauk da abes :-(

Teh tarik sedap koww

Kopi Koww!
sambil-sambil makan sempat jugak snap gambar moto. buat menu roti pon boleh buat delivey.
Nice :-)
Kopitiam Kita Delivery


Sedang aku asyik amik gambar di persekitaran kedai kopitiam kita, datang seseorang menepuk bahu aku dari belakang dengan menyapa “Abe meh kito selfie duo”..huhu.. owh rupanya dialah owner Koptiam Kita. Sungguh friendly orangnya, dan pekat sunggoh loghat klate dia walaupun dia berbangsa cina. Aku apa lagi, selfie jela walaupon kualiti kamera kabur..

Bersama Owner Kopitiam Kita
Sekian........................................ 25/9/2015




No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...