![]() |
| Pintu Masuk IPAH |
Terima kasih kepada kawan adik aku yang menjemput untuk ke karnival ini. hehe.. karnival yang diadakan tidak lah sehebat karnival yang dianjurkan oleh MAHA yang mana kawasan IPAH tidaklah sebesar kawasan MAHA yang berkali ganda besarnya. Tapi Ok la, sekurang-kurangnya boleh jugak aku mengisi masa terluang hujung minggu dengan perkara berfaedah daripada duduk terperap dalam rumah..huhu..
Antara aktiviti yang diadakn ialah pameran berkenaan dengan mekanisasi ladang, cara-cara bercucuk tanam dan terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual makanan daripada pengeluar produk tempatan. Paling menarik, aku sekeluarga dibawa untuk mengelilingi kawasan IPAH dengan menaiki traktor. Punya panjang beratur nak naik traktor, dalam setengah jam jugak la menunggu nak naik traktor tu. Naseb baek ade kerusi untuk penunggu, takdela penat sangat berdiri.huhu..
Traktor ini membawa kami melawat kawasan ternakan IPAH. aku tak nampak pon kat mana IPAH bela lembu, itik, ayam semua tu masa pusing kawasan ternakan dieorang. Mungkin disebabkan jarak yang jauh aku tak nampak kot..hehe.. selepas hampir separuh perjalan, penumpang di bawa ke pusat ternakan Puyoh. Dapat tengok Puyoh takpe dah daripada tak dapt tengok lembu, itik, ayam semua tu.huhu..
![]() |
| Proses menyiang Puyoh dan ready untuk dijual kepada pengunjung |
Sebelum balik sempat juga aku melawat ke ladang pertanian IPAH. hanya beberapa keping gambar sempat aku snap. Dah petang anak meragam pulak.
Yang ni paling menarik, cara buat taugeh. Awal-awalnya aku pon dah lupa sebenarnya yang taugeh ni dibuat dari kacang hijau. Dah lama tengok baru teringat dulu-dulu masa sekolah rendah pon pernah buat eksperimen cara nak buat taugeh ni.huhu Mengikut daripada penerangan student IPAH, cara nak buat taugeh ni senang ja. Taugeh ni dihasilkan daripada kacang hijau, yang kalau buat bubur pon sedap jugak. Sekilo kacang hijau, boleh menghasilkan 8kg taugeh kalau tak silap aku(correct me if im wrong).
![]() |
| Carta aliran pengeluaran taugeh |
Sekian,,, terima kasih student IPAH kerana melayan kami dengan baik :-)















No comments :
Post a Comment