Pages

Tuesday, 29 September 2015

Institut Pertanian Ayer Hitam [IPAH]

Selepas menghadiri majlis perkahwinan sahabat kepada isteri aku di segamat, dalam perjalanan menuju ke Kluang,Johor sempat juga aku berkunjung ke karnival pertanian yang diadakan di Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) yang terletak di Jalan Batu pahat.

Pintu Masuk IPAH

Terima kasih kepada kawan adik aku yang menjemput untuk ke karnival ini. hehe.. karnival yang diadakan tidak lah sehebat karnival yang dianjurkan oleh MAHA yang mana kawasan IPAH tidaklah sebesar kawasan MAHA yang berkali ganda besarnya. Tapi Ok la, sekurang-kurangnya boleh jugak aku mengisi masa terluang hujung minggu dengan perkara berfaedah daripada duduk terperap dalam rumah..huhu..

Antara aktiviti yang diadakn ialah pameran berkenaan dengan mekanisasi ladang, cara-cara bercucuk tanam dan terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual makanan daripada pengeluar produk tempatan. Paling menarik, aku sekeluarga dibawa untuk mengelilingi kawasan IPAH dengan menaiki traktor. Punya panjang beratur nak naik traktor, dalam setengah jam jugak la menunggu nak naik traktor tu. Naseb baek ade kerusi untuk penunggu, takdela penat sangat berdiri.huhu..


  

Traktor ini membawa kami melawat kawasan ternakan IPAH. aku tak nampak pon kat mana IPAH bela lembu, itik, ayam semua tu masa pusing kawasan ternakan dieorang. Mungkin disebabkan jarak yang jauh aku tak nampak kot..hehe.. selepas hampir separuh perjalan, penumpang di bawa ke pusat ternakan Puyoh. Dapat tengok Puyoh takpe dah daripada tak dapt tengok lembu, itik, ayam semua tu.huhu.. 


Proses menyiang Puyoh dan ready untuk dijual kepada pengunjung
Sebelum balik sempat juga aku melawat ke ladang pertanian IPAH. hanya beberapa keping gambar sempat aku snap. Dah petang anak meragam pulak.







Yang ni paling menarik, cara buat taugeh. Awal-awalnya aku pon dah lupa sebenarnya yang taugeh ni dibuat dari kacang hijau. Dah lama tengok baru teringat dulu-dulu masa sekolah rendah pon pernah buat eksperimen cara nak buat taugeh ni.huhu Mengikut daripada penerangan student IPAH, cara nak buat taugeh ni senang ja. Taugeh ni dihasilkan daripada kacang hijau, yang kalau buat bubur pon sedap jugak. Sekilo kacang hijau, boleh menghasilkan 8kg taugeh kalau tak silap aku(correct me if im wrong). 

Carta aliran pengeluaran taugeh



Sekian,,, terima kasih student IPAH kerana melayan kami dengan baik :-)

Friday, 25 September 2015

KOPITIAM KITA

Alhamdulillah… gurlp(sendawa kenyang) dapat jugak aku merasa menu famous iaitu “Roti Titab” di Kopitiam kita. Sebagai anak  jati kelantan,aku adalah antara orang yang terlewat mengunjungi Kopitiam ini, sedangkan member aku yang dari luar negeri kelantan sudah pon merasai menu istemewa di Kopitiam kita ini. Pada mulanya agak sukar aku menemui lokasi kopitiam kita ini kerana ianya terletak sedikt terkedalam di kawasan taman. walaupun kedainya sedikit terkedalam, namun aku terkejut sesampainya aku di sana agak ramai orang mengerumuni kedainya. Parking, tu tak payah cakap la, memang payah la nak dapat. Bersimpang siur kereta.huhu..



Suasana yang riuh di Kopitiam kita


Yeah,, inilah roti titab. Menarik kan cara persembahan makanan dieorang. Terfikir jugak aku macam
mana la dieorang buat telur separuh masak tu nak bagi dia masak konsisten. Sebab semua telur separuh masak yang diletakkan ditengah permukaan roti tu semuanya nampak masak secara konsisten walaupun di masak dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

icelemontea
Roti Titab

Antara menu lain yang aku order. “ROTI GORENG TELUR”
Apa yang mengecewakan aku semua nasi berlauk dah abis. Sedih sob sob sob L  Sebab aku datang lambat jugak la, lebih kurang dalam kol 10 pagi. Tengok-tengok dalam raga semua dah kosong. Putih mata la jawab nya.
Nasi Berlauk da abes :-(

Teh tarik sedap koww

Kopi Koww!
sambil-sambil makan sempat jugak snap gambar moto. buat menu roti pon boleh buat delivey.
Nice :-)
Kopitiam Kita Delivery


Sedang aku asyik amik gambar di persekitaran kedai kopitiam kita, datang seseorang menepuk bahu aku dari belakang dengan menyapa “Abe meh kito selfie duo”..huhu.. owh rupanya dialah owner Koptiam Kita. Sungguh friendly orangnya, dan pekat sunggoh loghat klate dia walaupun dia berbangsa cina. Aku apa lagi, selfie jela walaupon kualiti kamera kabur..

Bersama Owner Kopitiam Kita
Sekian........................................ 25/9/2015




Tuesday, 22 September 2015

Destkop icon hilang

Assalamualaikum...

Al kisah hari ini isteri aku tiba-tiba jerit sebab icon dekat destkop laptop semua hilang gara-gara anak aku yang suka tekan-tekan keyboard... hehe..ni la kalau mak ayah asyik leka main fon..huhu..punya la panik isteri takut file-file kerja dia hilang. dont worry, ini masalah kecil jerr. mari aku kongsikan macam mana untuk munculkan balik icon dekat destkop yang hilang itu.

Icon pada Destkop Hilang
Langkah pertama "right click" pada destkop, dan click pada "Show Destkop Icon" dan selesai. Icon-icon yang hilang itu akan muncul kembali... hehe.. legakan bila icon munul balik.. Alhamdulillah..

Click pada "Sow Destkop Icon"
Sekian terima kasih... :-)

Saturday, 19 September 2015

Salam Perkenalan

Salam perkenalan.hehe… 19 Sept 2015 tepat pada pukul 08:46 malam adalah hari bersejarah untuk aku dimana hari ini blog aku dicipta. Hatiku memanggil untuk menulis bukan kerana aku ingin menghebahkan kepada dunia berkenaan diri aku. Tetapi, aku ingin menulis kerana aku sudah menjadi semakin pelupa. Mungkin dengan penulisan ini adalah platform terbaik untuk aku singkap kembali rentetan peristiwa aku pada suatu hari nanti. Kadang-kadang apa yang berlaku kepada diri aku pada dua tiga bulan lepas sudah menghilang dalam ingatan aku. Jika ada sesiapa yang membaca tulisan pertama aku ini, terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana mungkin ada bnyak kecacatan dari segi penyampaian. Maklumlah, saya budak baru belajar dan akan improve diri dari semasa ke semasa.keh keh keh.. ok lah.. Sekian sahaja salam perkenalan daripada aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...