Pages

Thursday, 8 October 2015

Projek turunkan berat badan-Part 1

Setakat hari ini berat badan aku lebih 88kg, kadang-kadang 87 kg tapi tak pernah kurang dari 86 kg untuk tahun ni. sesuatu yang amat mendukacitakan. Apela nak jadi dengan badan aku sekarang yang makin hari makin membesar ni. baju dulu-dulu masih lagi simpan dengan harapan satu hari nanti dapat aku pakai balik. Dah setahun lebih dah baju dalam kotak yang aku simpan tu. nak bagi kat orang sayang sebab dulu beli mahal. baju branded maa.. sayang wey.. aishhh..baju tak boleh pakai aku rasa OK lagi, tapi kalau kesihatan TAK OK lagi pedih, Kalau ikutkat berat badan aku dengan tinggi aku, aku ni dikira tergolong sebagai kelompok obesiti. Risau la jugak. takut-takut di usia muda ni kena penyakit kencing manis ke sakit jantung ke, huh.. mintak dijauhkan la. Sepatutnya berat badan yang ideal bagi aku adalah dalam lingkungan 60-65 kg dengan keadaan tinggi aku 169cm. Cerita pasal badan naik ni bermula apabila masuk alam pekerjaan. Entah tiba-tiba mendadak naik berat badan aku. Balik kampung semua orang tegur. Jenuh aku nak berdalih. Dunia pekerjaan jauh lebih sibuk nak dibandingkan dengan alam sebelumnya. masa belajar kat universiti makan lah bnyak mana pon, tak kira waktu, pagi ke, siang ke,malam ke, lewat malam ke asal rasa nak makan, makan jela. dulu-dulu tak ada masalah pasal berat badan sebab aku dulu aktif. hari-hari training bola. skali training peluh kluar dah macam mandi. makan bnyak,keluar peluh pon banyak. itu baru betul. sekarang ini pergi kerja pagi balik dah nk maghrib tak sempat nak beridah ke main bola ke. lagi-lagi aku sekarang kerja di kawasan baru yang mana kawasan ni aku tak jumpa lagi orang main bola.. ermmm sedih lama tak main bola :-(

Disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam pekerjaan. aku invest skit duit simpanan aku untuk beli treadmill dengan harapan lepas aku balik keja walaupun dah malam aku tetap boleh berjogging.hehe.. Tapi bukan semudah yang disangkakan, timbul pula masalah lain. Bila dah balik kerja otak dah penat, badan penat, stress, kena marah ngan boss mood untuk berjogging pula hilang. huhu.. Inilah treadmill yang aku beli masa bulan Jun lagi, sekarang dah bulan Aug. kadang-kadang naik pastu stop lama... Sampai aku tengok dah berhabuk dah treadmill aku ni.haha..


Hari in aku tekad, aku nak start balik berjogging dengan target untk menurunkan berat badan sehingga mencecah 60-65 kg. Jadi, catatan pertama malam ni aku sudah berjogging sejauh 3km selama 40 minit dengan jumlah kalori yang terbakar sebanyak 252.


huh.. penatnya yang teramat malam ni.InsyaAllah aku akan istiqamah dalam projek menurunkan berat badan ni. Hope end of this October berat aku akan hit below 80kg. Tiada yang mustahil, aku percaya aku boleh lakukan.. Think positive.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...