Pages

Wednesday, 6 January 2016

Cerita Kepala Putih

Cerita nk pergi semayang isya kat masjid berhampiran kat umah aku,... Alhamdulillah Tuhan buka juga pintu hati aku untuk melangkah ke masjid.Bukan nak menunjuk aku ni pergi masjid tapi ada kisah menarik yang memberi bnyak pengajaran pada diri aku. Cerita bermula masa on the way ke masjid sepatutnya masuk simpang tapi terlajak pulak.ermmm.(lamanya tak melangkah kaki ke masjid) sampai kat masjid aku tunggu kejap dalam kereta sebab kebetulan hari ini aku pergi ke masjid ada majlis ilmu pula dan habis lewat sedikit. Sesudah siap bilal iqamat aku melangkah masuk ke dalam masjid untuk sembahyang berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.. selepas selesai solat jemaah aku ikut imam sekali berzikir, dalam pada masa yang sama aku memerhatikan satu persatu jemaah yang hadir, boleh dikira ramai jugak la sampai penuh 3 saf. Tapi apa yang mendukacitan diri aku ialah majoriti jemaah yang hadir adalah yang berkepala putih yang kebanyakannya sudah beruban dan selebihnya dalam tak sampai 10 orang adalah anak-anak kecil yang aku rasa barangkali mereka adalah anak kepada jemaah yang berkepala putih tadi. Timbul persoalan di dalam fikiran aku, dimanakah jemaah yang sebaya dengan aku?dimana anak-anak remaja belasan tahun? tidak terlihat seorang pun di masjid tadi. Wallahualam... aku harap aku akan teruskan amalan pergi ke masjid ini sampai akhir hayat aku tidak kira waktu Subuh sekalipnn, dan aku juga berharap supaya Allah sentiasa membuka pintu hati aku ke masjid serta tanamkan dalam hatiku untuk cinta kepada masjid. Dan aku juga berharap agar anak aku sentiasa ke masjid, insyaAllah akan ku latihmu wahai anak untuk sentiasa cinta akan masjid.



Semoga kita semua sentiasa ke masjid untuk menunaikan solat jemaah bersama. Sesungguhnya pahala berjemaah adalah lebih besar berbanding dengan semabahyang bersendirian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...