Pages

Tuesday, 10 November 2015

Projek turunkan berat badan-Part 2

Nak tulis ke nak tido.. sudah sekian lama aku menyepi dari blog aku ni. Sememangnya dalam otak aku banyak je senarai yang ingin aku tulis. Namun disebabkan komitmen dan kekangan masa niat untuk menulis itu terbatal. Barangkali time management aku kurang betul. Tapi malam ni gigih juga aku ingin menulis. kesian pulak blog aku dah berhabuk.

kali ini aku ingin sambung kisah Projek turunkan berat badan-Part 2. Last entry aku berkenaan dengan Projek turunkan berat badan-Part 1 adalah pada 8 Oktober 2015, yang mana pada ketika itu berat badan aku adalah 89 Kg. Secara Kasarnya sudah 5 minggu berlalu. Alhamdulillah, berkat kesabaran, tekad dan disipilin yang sukup tinggi berat badan aku sudah berkurang kepada 82 Kg. Sudah 7 kg berat badan aku susut, tapi masih jauh untuk mencapai berat 65 kg iaitu berat badan yang idle bagi aku.

Sepanjang proses menurunkan berat badan aku ini, aku tidak menggunakan sebarang suppliment atau ubatan untuk kurus, sekadar jogging di treadmill aku jer pada setiap hari. sehari dalam 40minit dapat bakar dalam lebih kurang 200 kalori bergantung pada speed. Tapi kadang-kadang ade ter miss jugak sebab penat keje. Untuk mendapatkan badan yang langsing ni bukan sehari punya cerita. tak ade tekad memang anda akan give up awal lah. kadang-kadang datang negative thinking dalam otak buat anda ingin putus asa. apa tidaknya, keluar shopping ke, pergi pasar malam ke memang putih mata la, tengokkan makanan mee goreng,nasi berlauk,ayam uncle bob,kaya ball buat iman aku tergugat sebab itu semua favourite aku tu. huh!! nak dapat badan cantik ni mental kena kuat beb nak menangkis semua godaan tu. Kadang-kadang kesian jugak kat bini aku kalo makan kat luar asyik pening je nak pilih menu ape, pastu aku punya makanan die kena habiskan sebab aku kena makan sikit.  

Untuk aku punya menu harian aku follow menu daripada diet Atkins iaitu diet yang menyarankan untuk mengurangkan pengambilan karbohidarat dan gula. Sepanjang mengamalkan diet, seingat aku hanya 2 kali sahaja aku ambil nasi itupun haya dalam kuantiti segenggam tangan sebab tak tahan sangat. Ini adalah sedikit info berkenaan diet Atkins aku jumpa dari sumber fb, agak bagus jugak untuk dikongsikan keranan aku mengawal kalori masuk dalam badan setiap hari,












Semoga info Diet Atkins ni dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang diidamkan. Yang paling penting adalah agar anda sihat sentiasa. Dan tips yang paling penting dalam diet ini adalah :

DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,

+ NEKAD+ USAHA BERTERUSAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...