Pages

Wednesday, 6 January 2016

Cerita Kepala Putih

Cerita nk pergi semayang isya kat masjid berhampiran kat umah aku,... Alhamdulillah Tuhan buka juga pintu hati aku untuk melangkah ke masjid.Bukan nak menunjuk aku ni pergi masjid tapi ada kisah menarik yang memberi bnyak pengajaran pada diri aku. Cerita bermula masa on the way ke masjid sepatutnya masuk simpang tapi terlajak pulak.ermmm.(lamanya tak melangkah kaki ke masjid) sampai kat masjid aku tunggu kejap dalam kereta sebab kebetulan hari ini aku pergi ke masjid ada majlis ilmu pula dan habis lewat sedikit. Sesudah siap bilal iqamat aku melangkah masuk ke dalam masjid untuk sembahyang berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.. selepas selesai solat jemaah aku ikut imam sekali berzikir, dalam pada masa yang sama aku memerhatikan satu persatu jemaah yang hadir, boleh dikira ramai jugak la sampai penuh 3 saf. Tapi apa yang mendukacitan diri aku ialah majoriti jemaah yang hadir adalah yang berkepala putih yang kebanyakannya sudah beruban dan selebihnya dalam tak sampai 10 orang adalah anak-anak kecil yang aku rasa barangkali mereka adalah anak kepada jemaah yang berkepala putih tadi. Timbul persoalan di dalam fikiran aku, dimanakah jemaah yang sebaya dengan aku?dimana anak-anak remaja belasan tahun? tidak terlihat seorang pun di masjid tadi. Wallahualam... aku harap aku akan teruskan amalan pergi ke masjid ini sampai akhir hayat aku tidak kira waktu Subuh sekalipnn, dan aku juga berharap supaya Allah sentiasa membuka pintu hati aku ke masjid serta tanamkan dalam hatiku untuk cinta kepada masjid. Dan aku juga berharap agar anak aku sentiasa ke masjid, insyaAllah akan ku latihmu wahai anak untuk sentiasa cinta akan masjid.



Semoga kita semua sentiasa ke masjid untuk menunaikan solat jemaah bersama. Sesungguhnya pahala berjemaah adalah lebih besar berbanding dengan semabahyang bersendirian. 

Tuesday, 10 November 2015

Projek turunkan berat badan-Part 2

Nak tulis ke nak tido.. sudah sekian lama aku menyepi dari blog aku ni. Sememangnya dalam otak aku banyak je senarai yang ingin aku tulis. Namun disebabkan komitmen dan kekangan masa niat untuk menulis itu terbatal. Barangkali time management aku kurang betul. Tapi malam ni gigih juga aku ingin menulis. kesian pulak blog aku dah berhabuk.

kali ini aku ingin sambung kisah Projek turunkan berat badan-Part 2. Last entry aku berkenaan dengan Projek turunkan berat badan-Part 1 adalah pada 8 Oktober 2015, yang mana pada ketika itu berat badan aku adalah 89 Kg. Secara Kasarnya sudah 5 minggu berlalu. Alhamdulillah, berkat kesabaran, tekad dan disipilin yang sukup tinggi berat badan aku sudah berkurang kepada 82 Kg. Sudah 7 kg berat badan aku susut, tapi masih jauh untuk mencapai berat 65 kg iaitu berat badan yang idle bagi aku.

Sepanjang proses menurunkan berat badan aku ini, aku tidak menggunakan sebarang suppliment atau ubatan untuk kurus, sekadar jogging di treadmill aku jer pada setiap hari. sehari dalam 40minit dapat bakar dalam lebih kurang 200 kalori bergantung pada speed. Tapi kadang-kadang ade ter miss jugak sebab penat keje. Untuk mendapatkan badan yang langsing ni bukan sehari punya cerita. tak ade tekad memang anda akan give up awal lah. kadang-kadang datang negative thinking dalam otak buat anda ingin putus asa. apa tidaknya, keluar shopping ke, pergi pasar malam ke memang putih mata la, tengokkan makanan mee goreng,nasi berlauk,ayam uncle bob,kaya ball buat iman aku tergugat sebab itu semua favourite aku tu. huh!! nak dapat badan cantik ni mental kena kuat beb nak menangkis semua godaan tu. Kadang-kadang kesian jugak kat bini aku kalo makan kat luar asyik pening je nak pilih menu ape, pastu aku punya makanan die kena habiskan sebab aku kena makan sikit.  

Untuk aku punya menu harian aku follow menu daripada diet Atkins iaitu diet yang menyarankan untuk mengurangkan pengambilan karbohidarat dan gula. Sepanjang mengamalkan diet, seingat aku hanya 2 kali sahaja aku ambil nasi itupun haya dalam kuantiti segenggam tangan sebab tak tahan sangat. Ini adalah sedikit info berkenaan diet Atkins aku jumpa dari sumber fb, agak bagus jugak untuk dikongsikan keranan aku mengawal kalori masuk dalam badan setiap hari,












Semoga info Diet Atkins ni dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang diidamkan. Yang paling penting adalah agar anda sihat sentiasa. Dan tips yang paling penting dalam diet ini adalah :

DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,
DISIPLIN,

+ NEKAD+ USAHA BERTERUSAN.

Monday, 19 October 2015

Ceramah UAI di kluang,Johor -Sentap Minda 1.0-

Kuliyah perdana di Tahfiz Al-Mukhlisin Jln Penghulu Kasim Kluang Johor 18/10/2015
Tahniah orang Johor..walau pun tiga kali berpindah lokasi kerana mcm2 halangan..lbh kurang 15 ribu rakyat hadir dari segenap pelusuk negeri Johor..









Alhamdulillah.. masih lagi berkesempatan menghadiri majlis ilmu, especially ceramah daripada UAI. Sebelum ni dengar ceramah kat You Tube jerr.. sekarang dapat tengok Live. Seronok sangat. :-)

Khasiat Lemon yang ramai orang tidak tahu.

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.


Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa.Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa,Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari.Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu.Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi. Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik.Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart.Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan


Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari. Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

Sekian.....

Thursday, 15 October 2015

Bahaya Minuman Coca Cola

Untuk Projek menurunkan berat badan aku ni, aku rasa aku perlu tukar menu harian aku daripada makan nasi ataupun yang berkabohidrat tinggi kepada sayur. So, lepas balik kerja petang tadi pergilah aku ke econsave untuk beli sayur. Dah siap-siap pilih sayur pastu nak pergi bayar ni, lalu kat ruangan minuman. Paling menarik ada air Coca Cola. Dalam kepala aku dah terbayang dah, ini coke kalu letak ais dengan cuaca sekarang yang panas ni sedap ni. Jadi aku pilih la Coke Zero yang botol kecik jer nak bagi hilang terliur. Balik umah lepas jogging kat tredmill terus aku amik coke aku tadi tu campur dengan ais lepas tu minum. huh.. nikmatnya yang teramat. 

Sambil minum sambil aku belek facebook tiba-tiba terjumpa pulak artikel pasal Coca cola ni. Alahai, menyesal pulak jadinya. Tapi nak buat macam mana dah hampir separuh dah aku telan. Hope, lain kali aku tak minum dah coca cola ni. Tak kisah la yang Zero ke yang tak Zero ka. Sila baca kat bawah berkenaan dengan air Coca cola ni:

10 KELEBIHAN COCA COLA???? 



" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan

oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late

Wednesday, 14 October 2015

Makan di SDS Kluang untuk kali Ke-2

Payah betul kalau selera makan tinggi ni. Nak makan sedap aje tiap-tiap hari. Baru je minggu 2 minggu lepas aku baru pergi ke Cafe SDS, dan semalam pergi lagi. Sebelum ini pergi dengan Bos dan kawan tempat kerja, tapi kali ini aku bawak isteri aku pula untuk mencuba. Menu kali ini yang aku order pon berlainan, tak nak la makan ayam lagi sebab aku dalam proses diet.hehe.. kali ini aku order Ikan Dori pula. isteri aku Keow Teow Goreng, dan minuman pula Orea moccha. Semua sedap kecuali air je kurang best walaupo hidangan cantik.. haha..




Ok..Puas hati semalam makan. hope makan ikan takde la kacau sangat aku punya Projek untuk turunkan berat badan.. huhu

Thursday, 8 October 2015

Tempat Makan menarik Di Kluang

Alhamdulillah...

kenyang sungguh hari ini. itulah orang tua cakap "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa sangka", hari ini tiba-tiba boss aku belanja makan sempena dia dah naik pangkat. Murah rezeki dia. So, kami pilih lokasi ini sebagai tempatan santapan lunch kami iaitu di SDS Kedai Kek dan Cafeteria.


Ini adalah kali pertama aku datang sini, SDS ini terletak berhampiran Mc donal bandar kluang. Aku pergi beli Mc D kat sini pon tak perasan SDS ini ada makanan steak dan masakan goreng-goreng. Ingatkan dia jual roti ngan kek jer. So, siapa yang datang ke Kluang atau orang Kluang sendiri yang nak makan steak bolehla berkunjung ke sini. menu-menu yang disediakan pon sedap-sedap.

Meh aku share kat korang antara makanan-makanan yang kiteorang melantak hari ni. Jadi kami berempat makan setiap sorang 2 hidangan. Aku pilih menu Chicken Chop Crispy dan Nasi Goreng SDS. Ingat nak makan nasi goreng pastu nak buat lauk Ayam Chicken Chop, sekali datang perghh.. nasi banyak ayam pon besar. Seksa pulak jadinya nak habiskan.

Chicken Chop Crispy

Nasi Goreng SDS

Capuccino siap ada tulisan SDS lagi..slurpp

Ini pula menu Boss ngan Kawan aku

Grill lamb Chop

Chicken Pop Corn

Salmon Spaghetti

Spicy Spaghetti

Seafod Spaghetti

Grill Chicken Chop
kawasan roti dan kek dari tempat duduk makan dalam SDS.


kat board dinding pon boleh pilih menu-menu menarik.. nasi lemak pon ade..


Sekian... Selamat berkunjung dan Selamat menjamu selera :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...